Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, June 16, 2013

RAHSIANYA MALAM

RAHSIANYA MALAM

Dalam diam tika untaian malam semakin meminggir
aku pautkan resah saat damai pun seakan menjauh
cuba mengerti akan rahsia malam
untuk kuterjemahkan dalam nyata
sebuah cinta yang kecundang di laman hampa
…dan aku pun tenggelam dalam asyik sebuah khayal.

Engkaukah yang berdiri di sudut malam itu
melontar senyum dengan indah wajahmu
sepertinya ingin memimpin tanganku
untuk sama-sama kita memecahkan rahsia malam
agar dapat untuk kita tembusi keindahannya
dan bersama menikmatinya
dalam satu cinta yang terindah di antara kita.

…khayalku lebur bersama siang yang menjengah.

Qalam Bertinta
16062013
0915am

No comments:

Post a Comment