Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, June 13, 2013

ILMU DAN AMAL.

ILMU DAN AMAL.
(sebuah puisi experimentasi bunyi)

Tang tang tut keladi we we
nampak lutut di jubah paha.

Tang tang tut keladi we we
kerana kedekut hilang ilmunya

... dabiklah lagi dada
riak segala.

Jadinya kenapa
tidakkah kita sedar rupa
ajal bakal menyapa
datangnya tidak terduga
di sudut mana tiba.

Tang tang tut keladi we we
jangan terkejut usah berpura.

Datangnya pasti menerpa
tanpa kita boleh buat apa-apa
kerna yang muda, akan tua
yang tua pula
akan bertongkat tiga.

Tang tang tut keladi we we
jangan kedekut kongsikan ilmunya.

Curahkan pada anak muda
sebelum tanah menghimpit dada
sia-sia ilmu yang ada.

Tang tang tut keladi we we.

SAZALEE SULAIMAN ... 12/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

TOLONG TEGUR KALAU ADA KEKURANGANNYA
KERANA ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

No comments:

Post a Comment