Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, June 15, 2013

Hati Yang Tabah

Hati Yang Tabah

Wahai hati
Sampai begitu sekali
Degilnya tidak terperi
Sanggup disakiti
Sedarlah hati

Walau disayat luka berdarah berkali-kali
Rasa sayang serta rindu tidak pernah mahu pergi
Malah bertambah lagi
Sedarlah hati

Sungguh istimewa sekali
Kecewa, lara, sakit, sedih, terluka tetap di hati
Cinta, gembira, riang, rindu, sayang, suka juga dari hati
Air mata menitis, ingatan masih ada dalam hati
Mulut menyebut lalu debar terasa di hati

Hati yang disakiti
Tabahlah mengharungi
Ujian yang sedikit ini
Buat hati yang dipenuhi rasa bahagia kini
Ucaplah syukup pada Ilahi

Walau apa rasa yang hadir acap kali
Ada hikmat untuk dipelajari

Redhalah wahai hati
Jadilah hati bagai pelangi
Memberi inspirasi
Membuat bibir senyum berseri
Biarpun hati dilukai

No comments:

Post a Comment