Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, June 13, 2013

CAHAYA LAILA: PEMILIK CINTA INI

CAHAYA LAILA: PEMILIK CINTA INI

Perlukah aku ceritakan tentang milik siapakah hati ini
atau perlukah aku membariskan kata-kata
atau perlukah aku menjilidkan sebuah novel
untuk engkau jadikan rujukan
agar engkau tidak akan terlupa
bahawa hati dan diri ini
telah dimiliki dan dikuasai
oleh satu cinta yang telah lama bermukim
dan tidak akan berpindah
ke daerah yang lain.

Biar aku khabarkan padamu
tentang sebuah kebenaran cintaku
kerana aku hanya tahu bercinta
namun aku tidak tahu memungkirinya
dan cinta aku itu
telah ada di dalam hati seorang wanita
wanita yang telah lama bergelar isteri
dalam hidupku.

…cintaku hanya satu
dan satu itu telah lama kusemadikan
di dasar jiwa

…Cahaya Lailaku.

Qalam Bertinta
12062013
1437pm

No comments:

Post a Comment