Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

Yang aku rindu II.

Yang aku rindu II.

Yang aku rindu
tawa ria dan gurau sendamu
yang sering menggaru
pinggang lokosku
yang tiada, berdurikan semalu.

Yang aku rindu
usikan dan kemanjaan suaramu
yang sering senandungkan
laguan merdu
kisah cinta, engkau dan aku.

Yang aku rindu
esakan tangisan sendumu
yang sering mendayu
tatkala aku
mendayukan keresahan aku merindumu.

Dan yang paling aku rindu
wajahmu
yang sentiasa tersenyum, memandangku
dan memberi aku
'free chips' untuk aku terus bermain permainanmu.

Aduhai! ... aku rindu kamu.

ss/spl/pm ... 08/05/2013.

No comments:

Post a Comment