Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

Sang kawa-kawa lautan maya.

Sang kawa-kawa lautan maya.

Sawangku jala
menyerkap mangsa tiada bermata
tersangkut sirip hilanglah jiwa
tuntutan nafsu gaharu lara.

Sawangku bertebaran lata
sempadan dunia serakah gila
cetek, dalam tiada kukira
dara dan janda lumayan harga.

Terkadang dapat juga si dugong tua
menggedik liuk sungguhlah manja
terpaksalah sawang kuteraskan cendana
melayan si dugung liat dagingnya.

Itulah aku sang kawa-kawa maya
tidak pernah memilih mangsa
apa yang dapat kusebat semua
melayan nafsu pesona dunia.

Materialistik itulah aroma.

ss/spl/pm ... 04/05/2013.

No comments:

Post a Comment