Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

Penat mak penat membawa ke syurga

Penat mak penat membawa ke syurga

abah dah balik!!abah dah balik!!!
teriakan rindu sehari anak-anak manisku
mak senyum melerek di samping abah
senyum mak sama seperti senyum mak pagi tadi
wajah mak tetap indah seindah pagi yang segar

aku tahu
penat mak tidak sama dengan penat abah
penat mak tetap terselindung di balik senyumnya
penat mak tetap jadi rahsia di balik ayu wajahnya
penat mak terus tersembunyi di balik bicara kasihnya
penat mak tentu tidak terucap dengan kata-kata
abah hanya terus rebah rehat
abah capai naskah berita rehat yang panjang
mak sebuk bertanya itu ini pada kami
mak tanya kami nak makan apa malam ini
mak usap rambut kami dalam becok mulutnya

mak
aku tahu mak penat
kini aku jadi mak kepada anak-anakku
aku tahu penat mak sama dengan penatku
aku tahu pengorbanan mak tidak terbayar dengan wang ringgit
air mata mak gugur kala aku diijab kabul
tanda mak bahagia
tanda mak tidak pernah derita
tanda kasihnya membawa ke syurga

No comments:

Post a Comment