Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

MERASIS DI ZON PADAH

MERASIS DI ZON PADAH

terlanjur basah di zon padah
kerana berlari merasis bangsa
saat meluah hujah sumpah
diri bagai terkasima
dikotak-katik bangsa sedarah.

terjemahan merasis diri
bagaikan kacang lupakan kulit
dari awal kelahiran bangsa ini
telah terlontar jauh bingit jerit
lantaran tidak dimengerti
adab adat dalam beramanat
selepas hujan reda dan mati
rasis diri merusuh membelit
bermukim di lembah senubari
terlanjur basah kuyupnya sakit
diri dibuli mimpi menjadi tuli.

rasis diri parah tidak berdarah
membuang warna jelas hakikat
memunah nilai murni maruah
selalu lupa tentang akas jerat
jerat taat pada musim menjajah
tiada lupa bengis walau sesaat
berhenti merasis di zon padah
kita menjadi lebih erat hebat.

Bayu
Mersing,Johor.
070513.

No comments:

Post a Comment