Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

KELIRU

KELIRU

Sedari tadi aku masih begini, mendongak ke langit dan kaki yang kaku seperti tegaknya tiang lampu. Merenung ke dada langit yang semakin bertukar 'mood' nya umpama mengimbau segelintir detik-detik yang lalu. Suasana yang sebegini seperti satu ulangan rasa juga seperti pita rakaman yang diulang-ulang tayangkan selagi-laginya dan semahu-mahunya.

Anehnya ulangan rasa itu seolah-olah hanya aku seorang yang menikmati, sedangkan pepohon menghijau tidak pula ingin bermain tepuk tampar atau melambai-lambaikan irama sayonara di tambah lagi airmata awan masih lagi degil untuk menitis ke bumi namun hanya sang petir sudah mula bermain nakal sambil berkali-kali mengenyitkan matanya. Aduhai ...

Sekali ini aku tertanya dalam diri, mengapa aku masih di sini? Apa aku harus mempertahankan setia atau aku harus pergi mementingkan diri sendiri. Berlari tanpa payung atau hanya berdiri menadah basah, apa yang sudah dan apa pula yang tak sudah-sudah. ambisi yang ringan ini seperti menjentik hati. Dengan apa agaknya mahu kutadah dan berserah erti redha ini atau aku harus mengalah dan menyerah dalam pasrah. Tanya tak henti macam mulut murai, jawapannya masih seorang bisu. Mendiamkan diri

Aku termanggu dalam keliru.

.
Sirap Nipis 020513

No comments:

Post a Comment