Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

Isu perkauman jangan dicanang.

Isu perkauman jangan dicanang.

Bawa bertenang
jangan gopoh dan jangan gapah
jangan juga mendahului wakil-wakil yang kuasanya kita serah
dengar nasihat PM
dan dengarlah nasihat SPR.

Penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang
mendirikan sesebuah kerajaan juga ada tempoh bertenang
jadi janganlah kita terlebih sudu dari kuah
dengan memainkan isu perkauman sebagai punca kalah
berlapang dada gunakan minda untuk meluah.

Memang diakui pengundi Cina sebagai penentu arah
untuk memenangi undi di sesetengah tempat yang parah
tapi janganlah kita pandang hanya ke satu dun daerah
ada juga calon Cina berlawan sesama Cina juga kalah
bukalah keputusan yang SPR telah pun mencerah.

Berhentikanlah sikap salah menyalah
cintailah keamanan yang Malaysia telah dianugerah
bersyukurlah ... ,
dan fikirkanlah apa puncanya yang sebenar ada yang kalah
baru tidak bermasaalah, tidak bertelagah.

Bersabarlah.

ss/spl/pm ... 06/05/2013.

No comments:

Post a Comment