Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

Bersatu dalam perpaduan Islam

Bersatu dalam perpaduan Islam.

Apabila seseorang bukan Islam bertanya kenapa perlu berpuasa, menjadi tugas kita penganut Agama Islam menerangkan kepada mereka bahawa itu adalah tuntutan agama hanya kepada penganut Agama Islam.

Hendak atau tidak, wajib dilaksanakan tanpa kompromi kerana itu suruhan Tuhan yakni Allah SWT...hanya kepada hamba-hamba-Nya. Bertujuan untuk mensucikan diri untuk melatih umat Islam patuh kepada segala perintah dari-Nya tidak diwajibkan pula kepada yang bukan penganut Agama Islam.

Begitulah yang seharusnya kita terangkan kepada mereka bukan dengan menakut-nakutkan lagi mereka dengan ajaran Agama Islam. Agama yang suci yang menuntut hanya umat-umat-Nya memperhambakan diri kepada-Nya.

Jadi bersatulah dan berpadulah kita penganut-penganut Agama Islam dalam hukum-hakam yang ditetapkan Allah SWT. Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan pertahankanlah agama yang kita anuti kerana hukum-hakam agama mampu mengembalikan perpaduan...itulah hakikat kebenarannya.

Ajaran yang bukan hanya wajib dilaksanakan di zaman Nabi Muhamad SAW tapi tidak perlu dilaksanakan di zaman ini.

Bersatulah kembali dalam perpaduan Agama Islam untuk mempertahankan negara.

ss/spl/pm ... 06/05/2013.

No comments:

Post a Comment