Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 21, 2012

Tertinta

Tertinta

mengalir terjah pada sehelai lembaran
menitik ke segenap ruang
terpatri suatu bisikan
mengarca sebuah telahan dek onak cemburu
tertugu sebuah kelukaan
mungkin tidak berpanjangan..mungkin...

menjadi warkah perutusan
antara kekasih
tinta merayu
tinta merenggek
mengabdi cinta lewat asmara
mengocak rasa diri terperi
turut sama melayari
turut sama menguliti
lembutnya sutera...sutera kasih dari tertinta
selubungi nan wajah..wajah sang perindu
terbias kala cahaya kasih memangku suram

kalamku terhenti kala tinta ghairah beralun
tertusuk nyilu cinta
kalamku rebah meskipun tinta garap mengukir

tersentap dada kerana tinta tagih bertinta
benar.....kalamku rebah tertusuk nyilu cinta...

@am / 191212.0 /

No comments:

Post a Comment