Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 21, 2012

Selagi namaku di bibirmu.

Selagi namaku di bibirmu.

Sedarlah sayang
usah dibuai lena semalammu
aku ada di sini
sentiasa berada di sisimu
tanpa engkau sedari
kehadiran aku menemani.

Di angin bayu
aku berseru
di bulan yang rindu
aku bertamu
di bintang yang seribu
aku menemani mimpi-mimpimu
dan di malam yang syahdu
di situ aku membayangi hatimu.

Tolonglah sayang
aku merayu padamu
usahlah engkau berjauhan hati lagi
kerana aku tetap di sini
menanti dan setia menemani
malam-malam dinginmu.

Selagi namaku meniti di bibir rindumu.

ss/spl/pm ... 19/12/2012.

No comments:

Post a Comment