Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 22, 2012

LANGKAHAN INI

LANGKAHAN INI

Menyoroti setiap jejak yang kutinggalkan
ada cerita dan kenangan di situ
cerita tentang kehidupan
kenangan tentang harapan
yang bersatu jadi satu
lalu membawa aku ke titik sengsara
dan sungai air mata.

Masih di situ
mengenang cerita dan kenangan
yang datang silih berganti
yang pergi dan kembali
dan yang kekal abadi
membuatkan aku rebah
dalam satu keabdian yang tak pasti.

Kuteruskan langkahan ini
tanpa berpaling menyorot kembali
jejak-jejak yang kutinggalkan
kerana aku tahu
di setiap jejak itu
ada kedukaan yang terpamer
ada tangisan yang terukir.

Dan langkahan ini kuteruskan lagi!...

Qalam Bertinta
21122012
1837pm

No comments:

Post a Comment