Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 21, 2012

DIARI PERJALANAN

DIARI PERJALANAN

Lesu menunggu
capaian internet perlahan
minda penuh angan-angan
merakam perjalanan

dari Pulau Legenda
membawa kenangan sarat cerita
catatan sejarah anak bangsa

bertemu
rakan taulan
dari utara selatan
Jitra tempat persinggahan
rumah seorang teman

walaupun singkat
semuanya bersemangat
semuanya hebat
berbakat

pertemuan yang dirancang
rakan maya, satu realiti di alam nyata
gembira, ceria santun berbahasa
ada cerita, ada jenaka
cukup mesra

sayangnya tidak boleh lama
ke Padang Besar dari Jitra
sampai ke senja

malam ini
di sini, Alor Setar destinasi
berehat menunggu pagi
memenuhi aktiviti cuti

esok akan teruskan perjalanan
menuju arah selatan

YHI
Segamat Johor
20122012

No comments:

Post a Comment