Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 21, 2012

CAMERON HIGHLAND SATU DESTINASI

CAMERON HIGHLAND SATU DESTINASI

Subhanallah
indahnya ciptaan-Mu
menjentik minda fikirku
akan kebesaran dan pengetahuan-Mu
aku bersyukur, terasa betapa kerdilnya diriku

di puncak ini
dingin nyaman menyegarkan
hamparan kehijauan memukau pandangan
melalui lorong yang berliku, perlahan memandu
ladang teh, strawberi dengan aroma menggamit selera
sepanjang perjalananku dalam gerimis menuju destinasi
awan putih menyelimut tubuh bukit gunung
melambai-lambai dengan senyuman
berbisik riang ahlan wa sahlan
wahai tetamu

tali arus kenderaan, di jalan
sarat dengan penumpang
tua muda wajah ceria

gerai melambai
pilihan yang pelbagai
aroma teh segar tanah tinggi
aneka buah-buahan yang berkualiti
bunga-bungaan berwarna warni
tawar menawar didengari
buah tangan digemari

terasa tenang
damai berada di sini
suatu hari pasti kembali

YHI
Segamat Johor
20122012

No comments:

Post a Comment