Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 15, 2012

TUNGGU SEKEJAP (iv)

TUNGGU SEKEJAP (iv)

Bismillahirrahmanirrahim awalan ucapan sangat indah
Selepas air mata menjadi rusuh luluh hujan
Pada kurun-kurun maal hijrah berwajah gagah
Tahun yang melerai era catatkan dingin
Baru menyeret masa nian harum bermadah
Meninggalkan gemuruh bingit jerit suara angin
Tunggu sekejap biarlah cita-cita meranum indah
Harapan harmoni bentangkan laman jalinan
Lalu kita sudahi dengan kalimah alhamdulillah
Tunggu sekejap hujan masih turun.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
151112@1837hrs(Khamis).

No comments:

Post a Comment