Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 15, 2012

TUNGGU SEKEJAP (i), (ii), (iii)

TUNGGU SEKEJAP (i)

Tunggu sekejap hujan masih renyai
Untuk terakhir kali kita mengisi mimpi
Nyanyikan senandung resah teramat sunyi
Genggam erat tangan ini setulus hati
Gapai jari-jemari ini bertebaran dalam ilusi
Utuh setia hati menunggu hujan teduh pasti.

Sekejap sahaja duhai kekasih
Engkau janganlah kian menjauh
Kerdip rindu di mataku belum memisah
Esok atau mungkin sekejap lagi hujan gerimis berlabuh
Jelmakanlah sekaki payung tempatku berteduh
Aduhai kekasih tunggulah sekejap dalam kuyup sukma basah
Parah benar rasa merindu saat terhumban ke jarak jauh berpisah kasih.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Semporna,Sabah.
260712@2135 hrs (Khamis).

TUNGGU SEKEJAP (ii)

Tunggu sekejap hujan belum teduh
Usik-usik dirimu waktu hujan mulai redah
Nantikan hujan menggerimis himpunkan teduh
Gandingkan bahumu bahuku saat hujan berlabuh
Getar-gementar hati rindu basah tempias hujan teduh
Ulangilah mengutus kasih saat hujan redah.

Sekejap saja lagi duhai sayangku
Esak sendu tangismu akan kupangku
Kelam kusam senja menjadi saksi hujan berlalu
Esok pagi insyAllah hujan kelu membisu
Jalinkan asmara musim-musim semi bercumbu
Aku ada sekaki payung untuk berlindung dari hujan meluru
Pilu di hati gerimis menghiris menunggu hujan teduh berlalu.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Semporna,Sabah.
270712@1050 hrs (Jumaat).

TUNGGU SEKEJAP (iii)

Tunggu sekejap hujan mulai gerimis
Usaplah basah-basah air hujan nan tempias
Nyanyikan dalam senandung kisah hujan gerimis
Gigil sejuk bahu terjirus sisa hujan gerimis
Girangkan mata walau sukma terguris
Ubahlah duka di jantung sekalipun hati menangis.

Sayangku tunggulah sekejap
Emosi ini berperang dengan angan-angan
Kerana kesalkan rintik hujan masih memerangkap
Evolusi aliran santai fikiran
Janjikan sekaki payung mengilas basah kuyup hujan
Andai teduh surut di linang gerimis air hujan
Pasti parah selimut rindu akan hilang selepas hujan turun.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Semporna,Sabah.
270712@1430 hrs (Jumaat).

No comments:

Post a Comment