Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 8, 2012

SERENCENG RINDU

SERENCENG RINDU

Sayangku
Elehkanlah rajukmu
Rengkuhlah kasihku
Elegi puisi yang dikau ada itu
Nadanya mengisi sudut rinduku
Cambah benih sayu di kalbu
Enggan rasanya daku untuk tidak merindu
Namun begitu keluh kian mengharu
Gamatkan luluh pilu rindu.

Rebah tuntas harapan di laman lamunan
Ini itu bertanjung tidak karuan
Nodakan serenceng rindu berjauhan
Di dalam dakap syahdu kerinduan
Usung serenceng rindu pada titis bening tangisan.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing Johor.
081112@1020 hrs(Khamis).

No comments:

Post a Comment