Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 20, 2012

RATAPAN SYUHADA

RATAPAN SYUHADA

Hari ini si kecil menangis
meratap pemergian ayah ibu tercinta
tulang temulang berkecai dalam lautan merah
di celah timbunan mayat syuhada
mendakap yang tersayang

Bisikan halus suara ghaib
mengetuk cuping meresap rasa
… anak-anakku
usahlah menangis lagi
ayah, ibu telah berjaya menemui pencipta
kami telah disambut oleh tentera-tentera langit
kami diarak sebagai perwira
lihatlah senyuman ibu
lihatlah wajah riang ayah
kalungkan doa agar kalian akan bersama kami
membesar sebagai pejuang
membesar sebagai perwira agama
ingat pesanan ayah, ingat pesanan ibu
biar setiap titisan darah yang mengalir kerana syahid
mempertahan bumi suci ini
Palestina, Gaza bumi para anbia
bumi para wali

Bangunlah anakku
hayunkan langkah gagah
gigitlah syahadah dengan geraham
yakin dan jazam
tidak luntur dek cabaran
tidak pudar dek halangan
bersamamu tentera-tentera langit
bersamamu pertolongan Illahi

Bangkitlah
anak-anak dari rahim suci
merah darah di pakaianmu adalah tenaga
kekuatan, keberanian, keyakinan
berjihadlah demi agamamu
carilah kematian nikmat”

YHI
Segamat Johor
19112012

No comments:

Post a Comment