Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 7, 2012

Mampukah Khazanah Lautan Bertahan?

Mampukah Khazanah Lautan Bertahan?

Kaulihatlah khazanah di lautan
kaya pelbagai spesies kehidupan
dan juga faunanya tersendiri
meriah mewarnai pelangi di dasar laut
mercu kebahagiaan terisi,
namun!
Mampukah?
Karang-karang laut
ikan-ikan pelbagai warna
dan spesies
juga obor-obor
dengan sengatan beracunnya
dan kehidupan seni, halus di lautan
terus melakari
keindahan
dan kesucian lautan
tanpa dicemari
kerakusan manusia,
tamak haloba.

Aku tanya persoalan ini
kepada kamu semua
manusia
berakal di mindanya.

Mampukah mereka?

ss/spl/pm ... 07/11/2012.

No comments:

Post a Comment