Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 21, 2012

~~Makan Malam Tahunan~~

‎~~Makan Malam Tahunan~~


Debaran semakin hangat
Suasana berkerja tidak lagi berminat
Sana sini borak pasal mahu hebat
Siapakah yang paling memikat
Tema oren jadi bualan hangat
Masing-masing buat persediaan dahsyat...

Tiap hujung tahun inilah yang diingat
Yang mengharapkan habuan dari syarikat
Anugerah cemerlang bagi yang berkhidmat
Tersenyum bangga tertunai lelah keringat

Berbagai acara sesiapa yang hebat
Masa inilah mahu tunjuk bakat
Sudah berkurun terpendam lagi berkarat
Makan malam yang sungguh hebat...

Aku juga yang terkulat-kulat
Hanya mampu memerhati setiap gelagat
Nak tumpang sekali hati tidak berminat.

Naura Auni. 21 nov 2012
Wednesday ♥

No comments:

Post a Comment