Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 7, 2012

Kepetahan Jiwa Disuluh Keimanan.

Kepetahan Jiwa Disuluh Keimanan.

Tabarakkallah !!!

Terasa jelas denyut getaran
akan kepetahan tutur keikhlasan
tatkala kata laluanmu kusepadankan
silau seketika kuserap cahaya keimanan
atas berlapang dada menghayati unjuran
kerna sememangnya menjadi satu kewajaran
semakin lama kita memagut denai kebenaran
semakin kerap kita membilah kabus kekaburan
semakin kita merasai empunya diri serba kekurangan
kerna seteru menerpa tak menyanggah kehampaan
bahkan siap dengan tusukkan ketajaman keilmuan

jadi sebaiknya disingkatkan tempoh perjuangan
dengan tepat dan cepat dalam pemprosesan
pelbagai data yang menentukan kemenangan
bukan maklumat yang disalut agakkan kebetulan
bukan sekadar menjauhi benih pertelingkahan
bahkan mengelak berpaut harapan kekosongan
hinggakan musuh mampu mencelah omongan
membola-balik semula hati yang disucikan
tanpa dikau terleka dengan mainan andaian
melewati penyempurnaan amanah ketaatan
duhai jiwa yang telah disirami pencerahan

justeru usahlah dikau termanggu kelelahan
meskipun kalut ribut membujur laju rintangan
selagi pada-Nya disandarkan pergantungan
temu tikanya yang telah pun lama ditetapkan
pasti akan bermuara pelbagai sumber bantuan
agar sulur kebuntuan yang bertunas diparaskan
supaya dikau dapat istiqamah berhuma bekalan
untuk dituai nanti di akhir destinasi pengabdian
lantaran pada anggukan yang kini difahamkan
dengan nama-Nya, kupanjatkan kesyukuran
atas kesudian darimu menyambut bingkisan

Salam kasih Illahi duhai jiwa yang dilimpahi keberkatan !

Nukilan :
Din Kelate
20 Zulhijjah 1433
5 November, 2012
Hakcipta Terperlihara

No comments:

Post a Comment