Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 9, 2012

KELIRU

KELIRU

Merah membara lapangan arena
angin panas membakar hangit, lontaran peluru musuh seteru
lincah rancak lidah berpencak, jantung kaku minda membeku
pantang disanggah perlu rebah, bertarung hujah warga lembah

angin perang berbahang
celik minda bersendirwara
minda tumpul cuba muncul
Si tempang mengintai peluang
Si buta menjuarai arena
Si bisu terus memekak

aku kau
satu bangsa seagama
anak cucu moyang yang sama
kerana kuasa terus bersengketa
semua ada agenda

seruan bersatu
diketat rapat semua pintu
sembunyi tangan membaling batu
betul salah biar di situ
asalkan ada isu

cuba menongkat langit
bertongkat orang bertiang perit
petani nelayan terus menjerit
dalam ruang sempit

akhlak santun tiada
lantaran nafsu hilang susila
kesucian agama turut dihina
bertarung hujah menjadi lumrah
terbaik bukan dia
AKUlah juara

Keliru! Buntu!
masih adakah titik temu
merungkai kemelut berasas wahyu
warga buntu perlu dbantu
bijak jangan membisu

YHI
Segamat Johor
09112012

No comments:

Post a Comment