Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 16, 2012

JAMBATAN PULAU PINANG

JAMBATAN PULAU PINANG

Jalan-jalan di atas jambatan
Angin bayu berduyun bertiupan
Menyampaikan khabar di liku titian
Bagi selalu sajikan nyaman
Ada benci di sini kadang-kadangan
Tumpah bercucuran
Asak arus luruh kerinduan
Namun Alhamdulillah tidak keterlaluan.

Pulau Pinang Kota Sejarah
Unggul menukil beribu kesan parut sumpah
Lantaran rimbun belukar huma resah
Agungkan pemberian tiap sumbangsih
Ulangi musim damai berkasih.

Perlukah aku berdiri memaki
Iri hati bertubi kali
Nyahkan nilai harga diri
Amuk sana-sini
Nyanyikan lagu boria tari-temari
Garap oleh-oleh dibawa pulang sebagai cenderahati.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
161112@1040hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment