Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 10, 2012

Isteriku II

Isteriku II

Isteriku
kautetap nombor satu
di hatiku
telah kupatrikan namamu
bertatahkan zamrud
delima yang satu
mewarnai kehidupan sehari, harianku
dengan belaian kasih sayangmu.

Walau terluka hatimu, aku tahu
betapa kecewanya dirimu, turut aku tahu
akan kenakalanku
bermain kata di halaman mukabuku
dan peminat yang menggila
mendambakan belaian kasih dariku,

kautetap bersabar
dengan segala kerenahnya
aku, suamimu.

Terima kasih isteriku
kerana curang
curang itu bukannya aku.

ss/spl/pm ... 10/11/2012.

No comments:

Post a Comment