Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 15, 2012

HIJRAH

HIJRAH

Dari danau yang keruh
kemarau kasih berpanjangan
ketandusan sayang dan cinta yang hilang

Dari malam yang kelam
Malam tanpa sinaran rembulan
dan gugusan bebintang

Sekelumit cahaya menjengah
mengintai dasar lipatan paling dalam
menyuluh ruang kelam
putik-putik keinsafan bertunas
menyental titik-titik hitam
gemerlap cahaya iman

Seruan kudus
memuji kebesaran Illahi
sayup menyapa tetingkap jiwa
jiwa yang lena diketuk
bangkit dari mimpi
bangkit dari alpa

Bangun sekujur tubuh lemah
mengorak langkah dengan gagah
meniti jambatan sinar
sinar harapan
sinar hakiki

Hijrahlah hati kotor
hijrahlah jasad yang lemah
mencari kebenaran dan keyakinan
tinggalkanlah lembah kehinaan
lembah kesesatan

Hijrahlah
bukan kerana pangkat darjat
bukan kerana pujian yang menghanyutkan
bukan kerana harta dunia yang melalaikan
bukan kerana cinta gadis jelita

Carilah pedoman rabani
carilah panduan as-Sunah
carilah nur kebenaran
cahaya ketakwaan
cahaya keimanan

YHI
Segamat Johor
15112012

No comments:

Post a Comment