DAERAH INI
Daerah ini
biar dekat bulan meriba
senyuman mentari menyapa
pintu hatinya belum lagi terbuka
sendiwara rela kerana terpaksa
bahtera jiwa bergelora
daerah ini
biar tempias gerimis
ladang jiwa terus mengemis
sekujur jasad berladang tangis
sadis terguris
sedekad berlalu
ranjau deduri jalan berliku
banjir bergenang di sudut kalbu
dicincang lumat pilu
dibelenggu sayu
aku bukan aku
bertopeng wajah pilu
irama melodi senada lagu
pincang tarian rentak langkah kaku
langkah hambar
kuntum senyuman dilontar
kusam dan pudar
bebahang lahar menular
sungai hati terbakar
YHI
Segamat Johor
08112012
sendiwara rela kerana terpaksa
bahtera jiwa bergelora
daerah ini
biar tempias gerimis
ladang jiwa terus mengemis
sekujur jasad berladang tangis
sadis terguris
sedekad berlalu
ranjau deduri jalan berliku
banjir bergenang di sudut kalbu
dicincang lumat pilu
dibelenggu sayu
aku bukan aku
bertopeng wajah pilu
irama melodi senada lagu
pincang tarian rentak langkah kaku
langkah hambar
kuntum senyuman dilontar
kusam dan pudar
bebahang lahar menular
sungai hati terbakar
YHI
Segamat Johor
08112012
No comments:
Post a Comment