Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 14, 2012

~♥ Berkimbah simbolik cintaku ♥~

~♥ Berkimbah simbolik cintaku ♥~

Di atas bafta putih berpancawarna mengantikan kesah cintaku
bersuji timbul dengan ratna menjadi pengganti
bergemalap memukau aku terpaku
terdiam sejenak tanpa suara

Gendir berbunyi menurutkan canang
portretmu di atas altar aku mengimbau
taburan mawar dengan narwastu
afsun aku dengan akral dipanjikan
bukan alpa bukan ahmak
bukan edan namun barangti batawang kasih

Adikara aku bukan hanya Alhadiat yang satu
walau alaf harus aku tunggu
walau jerih kendala harus aku tempuhi
tetap ikral itu pengokot di benjan

Berkandilah di setiap penahap
menantimu di gerbang cinta
dengan alkapita di bentang luas
menyambut tanganmu dengan senyuman kandis diberi
kabir cintaku hanya untukmu
kerana dikaulah nyawaku
buat selama-lamanya

Kata Bantu :
Bafta – sutera halus
Pancawarna – berwarna-warni
Bersuji timbul – bersulam timbul
Gemerlap – berkilauan berkilap-kilap
Gendir – alat musik jawa
Canang – alat gendang
Imbau – seru/ panggil
Narwastu – bauan harum (akar kayu/ srai wangi)
Afsun – mentera/ lafas
Akral – janji dengan bersungguh-sungguh
Alpa –lupa
Ahmak – bodoh
Edan – gila
Barangti – rindu dendam
Batawang – menyentuh
Adikara – kekuasaan/ kemuliaan
Alhadiat – Tuhan
Alaf – beribu masanya
Jerih – payah
Kendala – rintangan
Ikral – janji/ sumpah
Pengokot – simpan
Kandil – pelita
Alkapita – permaidani
Kandis – manis
Kabir – nescaya sempurna

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 14/11/2012
~ 11:50am

No comments:

Post a Comment