Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 9, 2012

Akrostik Teknologi Maklumat

Akrostik Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat
Era globalisasi diperlukan sangat
Kerja jadi pantas masa dijimat
Namun ada yang ralat
Onar mereka yang memperalat
Laman diguna dengan niat jahat
Orang ramai dikhianat
Guna teknologi penuh muslihat
Inilah perkara perlu disekat.

Manusia makin hebat
Ambil kesempatan teknologi maklumat
Kerja mudah disempurna capai matlamat
Lebat pendapatan hasil keringat
Urusan jual beli makin singkat
Maklumat dikongsi telus serta tepat
Aktiviti dapat dipergiat
Terus berkembang berputar ligat.

CNM

No comments:

Post a Comment