AKAL BUDAK
Singapura pernah berkota betis,
ribuan nyawa insan biasa terkoban sia-sia
angkara minda cetek pembesar pengampu durjana
tindakan celaru minda beku
bila rasuah bermaharajalela di mana jua
pangkat dibeli dengan harta bukan wibawa
budak bukan anak
akal bijak cerdik pintar
berbenteng pisang dari todak
ancaman mampu dihalang
Singapura kembali aman
Raja anugerah harta pangkat
hasad dengki dendam kesumat berbuku
cemburu dalam dungu
budak pintar berwibawa konon bencana
dipersembah pada Raja akan budak merampas kuasa
budak ditangkap kerana teraniaya
risau si tua hilang kuasa
perjuangan perlu strategi
kemenangan akan dinikmati
semua saranan perlu hormati
sepakat direnungi
taat bukan buta
bukan terima tanpa usul periksa
nilaikan intan antara kaca
jangan sampai terluka.
YHI
Segamat Johor
20112012
bila rasuah bermaharajalela di mana jua
pangkat dibeli dengan harta bukan wibawa
budak bukan anak
akal bijak cerdik pintar
berbenteng pisang dari todak
ancaman mampu dihalang
Singapura kembali aman
Raja anugerah harta pangkat
hasad dengki dendam kesumat berbuku
cemburu dalam dungu
budak pintar berwibawa konon bencana
dipersembah pada Raja akan budak merampas kuasa
budak ditangkap kerana teraniaya
risau si tua hilang kuasa
perjuangan perlu strategi
kemenangan akan dinikmati
semua saranan perlu hormati
sepakat direnungi
taat bukan buta
bukan terima tanpa usul periksa
nilaikan intan antara kaca
jangan sampai terluka.
YHI
Segamat Johor
20112012
No comments:
Post a Comment