Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

SYURGAKU DI WAJAHMU

SYURGAKU DI WAJAHMU
(Buat isteriku Cahaya Laila yang setia bersamaku
dalam apa jua keadaan selama 22 tahun bersama)

Dalam senyumku…ada tangismu
dalam sukaku…ada dukamu
dalam senangku…ada keperitanmu
dalam tawaku…ada lukamu
dan dalam sihatku…ada kesakitanmu.

Namun biar apapun tingkahku
Kesetiaanmu tidak pernah tercabar
keteguhan cintamu tidak juga tercalar
kerana di dalam jiwamu
telah kaupaksikan satu kalimat
“akulah dunia dan akhiratmu”.

Terima kasih kekasihku
terima kasih isteriku
kaulah pendampingku
suaramu menenangkanku
kata-katamu adalah penawarku
senyummu mendamaikanku
dan menatap wajahmu
seolah-olah dapat kulihat
ada bayangan syurga di sana
syurgaku…syurgamu
pun syurga kita!.

Qalam Bertinta
14102012
0221am

No comments:

Post a Comment