Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 17, 2012

SYAIR 'Eid Ul-Adha

SYAIR 'Eid Ul-Adha

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar …..

10 Zulhijjah malam mula
Takbir kemenangan Aidiladha
Seluruh pelusuk merata dunia
Berhimpun ummah dengan gembira

Di tanah lapang takbir bergema
Memuji kebesaran yang Maha Esa
Limpah nikmat tidak terhingga
Allah turunkan kepada hamba-Nya

Rukun kelima Islam perintah
Umat Muhammad saw kekasih Allah
Di bumi Mekah penuh barakah
Hadir bertawaf keliling Ka’abah

Dari Muzalifah ke padang Arafah
Dalam kunjungan menunai ibadah
Tunduk khusyuk penuh pasrah
Mengutip permata dalam khutbah

Rentetan kisah Nabi Adam as dan Hawa
Pujukan iblis Hawa tergoda
Diperintahkan keluar dari syurga
Di Padang Arafah mereka berjumpa

Bermula kisah ibadah korban
Nabi Ibrahim as diuji keyakinan
Dipatuhi perintah dengan kesabaran
Nabi Ismail anak kesayangan

Pakaian bersih lagi harum
Di belakang imam jutaan makmum
Kegembiraan terpancar wajah tersenyum
Pancaran cahaya iman meranum

Aidiladha dan Hari Tasyrik berkunjung lagi
Selepas solat di pagi hari
Berkorban lembu, kambing dan biri-biri
Miskin fakir daging diberi

Sahabat handai sanak saudara
Berjabat salam penuh mesra
Mohon ampun maaf dipinta
Dunia akhirat mengharap bahagia.

YHI
Segamat Johor
17102012

No comments:

Post a Comment