Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 16, 2012

Setulus cium pada jemari..

Setulus cium pada jemari..

Setulus cium pada jemari
setulus doa yang terucap
seteduh rindu meresap ke dalam kalbu

Tiada yang sia-sia menanti
mencium embun hingga kekal rindunya
sebagai diri kembali ke mula akhirnya sendiri

Tiada yang sia-sia merindu
sebagai lagu menyiram embun ke dalam kalbu
aku yang merindui dengan hunusan belati dan tikam sepi

Cuma pada galau menyiksa
kaukira di mana akhirnya
demikian kata tiada guna kerana puisi demikian indahnya

~amran azahari~
16 Okt 2012 - 07:02pm.

No comments:

Post a Comment