Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 12, 2012

SEMANGKUK PATIN TEMPOYAK

SEMANGKUK PATIN TEMPOYAK

Kupetik ulas-ulas cili di kebun hati
Kumayang halus bebawang di jejari kasih
Kuambil sekeping asam di penjuru rindu
Ku gali kuning kunyit di laman sayang
Kuelus wangi kesum di kolam cinta
Kucium harum kantan di batas asmara

Rencah-rencah kuadun secukup rasa cinta
Kutaburi butiran garam pelengkap jiwa mesra
Kutambah belaian tempoyak yang manis-manis sedang
Menimbusi patin cintamu yang sentiasa mengenakkan jiwa

Patin cintamu sudah mengelegakkan nafas-nafas rindu di teratak dapur
Aroma kasih sayang memenuhi setiap ruang
Harum - seharum kasihmu
Wangi- sewangi rindumu
Enak- seenak madahmu

Semangkuk patin tempoyak
Terhidang di meja cinta kita
Walau seadanya sahaja
Untukmu sangat istimewa
Kumasak bersama cintamu dan cintaku
Yang senada berirama berlagu

Sore datang meratap hiba
Patin tempoyak seolah tiada rasa
Lesu berenang terbiar sahaja
Baru kusedari engkau telah tiada
Kucubit sedikit bertemankan mutiara
Pahit kurasa patin lara
Hanya di bibir tak mampu kutelan
Bercampur rasa menjadi rawan

Patin cintamu
Mana bisa aku melupakan
" Sayang.....
Abang suka sangat ikan patin masak tempoyak. Nanti sayang masak untuk abang yaaa..."
Masin airmata tiada dapat menambah rasa
Patin cintamu abang.

~Aniyus~
12 Oktober 2012 / 10.02 pagi dingin
~teratak nak roboh~

No comments:

Post a Comment