Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 10, 2012

SELAMAT TINGGAL BUNGA SAKURA

SELAMAT TINGGAL BUNGA SAKURA

Langkah ini amat gontai lakunya,
Terasa bagaikan longlai jadinya,
Kerana jiwa tidak bermaya,
Apabila kelaku bosan melanda,
Selamat tinggal rasa gembira,
Dari isi dalamnya sebuah duka,
Di daerah ini aku menjadi buta,
Tanpa kata,
Tanpa bicara,
Tanpa suara-suara,
Sakura izinkan aku menyusun sepuluh jari bertinta pena,
Izinkan jua aku mengesat deraian gerimis di merata,
Kerana bingkisan ini kali terakhir aku setia,
Tentang apa dikata,
Di bahu kota,
Yang akan muram untuk selamanya,
Lantaran awan kelabu yang menyapa,
Kisah dari gurindam jiwa,
Suka duka yang kutinggalkan saat hati tidak bermaya,
Kepada yang simpati kutiplah ia di bahu senja,
Sehebat manapun indahnya,
Harum wanginya ada di kelopak bunganya,
Utuhnya,
Bukan pada dahan dan ranting-rantingnya,
Tetapi ada di perdunya,
Tentang setianya,
Aku kini melupakannya,
Selamat tinggal bunga sakura.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat Johor.
23.04.2011@0210hrs.

No comments:

Post a Comment