Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

PBS dan Guru

PBS dan Guru

PBS menilai uji,
tumpuan holistik luar dalam,
pengukuran akademik bukan akademik
pentaksiran sekolah pentaksiran berpusat
pentaksiran psikometrik juga kesihatan
aptitud personaliti perkembangan dikaji
band sana band sini,
bersama eviden sebagai bukti
hasil berkualiti di bilik operasi,
fail guru maklumat terkini
guru pening pucat lesi..

namamu menjadi sebutan
setiap insan yang bergelar guru
dalam teraba - raba
bagaikan si buta yang hilang tongkat
kami bertatih
kami meredah
kami berusaha
kami bekerja
demi satu matlamat
demi satu hasrat
walaupun penat
walaupun terpaksa
kami redho

kalau guru sudah keliru
murid-murid lagi buntu
jangan lagi tambah celaru
kita kumpul maklumat yang jitu

kita kumpul maklumat yang jitu,
kerana ia kita keliru,
tanya sana, sini situ,
moga ilmu bertambah mutu

hadiri kursus tanpa jemu,
kongsi ilmu tanpa malu,
dari JU yang suka membantu,
walaupun di hari minggu

moga ilmu bertambah mutu,
cerah minda hala dituju,
pada kita amanah dipangku,
negara bangsa berwawasan maju.

usah gentar dengan cemuhan,
walau datang segenap lapisan,
bersatu kita jayakan wawasan,
hasrat murni golongan pimpinan

kerana janji sudah dipateri,
amanah digalas wajar dipatuhi,
moga Allah sentiasa memberkati,
anak bangsa maju berdikari

hasrat murni golongan pimpinan,
penilaian diberi dengan berterusan,
semua aspek kita nilaikan,
memberi impaks yang cukup mapan

hanya menjeling dihujung mata
belum berpeluang berkenal mesra
saya menunggu di tingkatan lima
ada jodoh bertemu jua

saya juga belum terlibat,
kerana mengajar dua tiga dan empat,
oleh kerana sahabat tak sempat,
saya disuruh menghadiri taklimat

kes saya lagi haru,
pergi kursus sekali baru,
terus dilantik jadi JU,
minggu depan ramai guru menunggu

Huhuhuhu, present la apa yang tau,
moga guru tak jadi celaru...
saya guru baru tau...
harap jangan dibaling batu

usah gelabah tak tentu arah,
buka saja cd dari pengarah,
baca dan faham yg payah,
semoga jadi JU yang tabah,
melayan karenah guru bermadah,
lelaki dan perempuan berbalah,
berebut standard untuk diolah,
bagi penerangan mengikut kaedah,
secara kumpulan disusun berhemah

Terima kasih wahai sahabat,
garapan madahmu sangat hebat,
Minda cikgu matematik bertindak cepat,
tercernalah ilham dalam sesaat,
menjadi tatapan para sahabat,
PBS disebut masih terpisat-pisat,
meredah jalan bagaikan sesat

Walaupun masih panas idea dibentang,
masih juga terkontang-Kontang,
telinga mendengar mata memandang,
Wahai PBS, belum juga terang-terang!!

sepakat sekata meneroka ilmu,
mencari segala yang terbuku,
menuju matlamat yang satu,
lahir pewaris negara maju,
anak cucu bangsa Melayu,
tidak terpinggir tiap penjuru,
bersaing dalam liga ilmu,
ekonomi juga terus terpacu,

kursus sana kursus sini,
belum juga mantap lagi,
tingkat integriti juga kualiti,
mudah saja mahu aplikasi

Kursus sana, kursus sini,
Otak masih kelabu lagi,
Wahai tuan buatlah simulasi,
Jangan bercakap guna teori

biar bermula dengan bertatih,
baru berjalan nanti berlari,
guru-guru insan terpilih.
tabah cabaran minda jauhari.

Gabungan idea tentang PBS
Yahya Isa
Chegayah Chechak
Masri Awang
Lisa Isma
Zeti Aktar Abd Kadir.

No comments:

Post a Comment