Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 15, 2012

MENYAHUT CABARAN Cikgu Nik Mie

MENYAHUT CABARAN Cikgu Nik Mie

Kompang ditepuk bertalu-talu
Rupanya pengantin sudah sampai
Memakai baju berwarna biru
Pengantin lalu di bawah ampai
Tanjaknya sangkut terkedu-kedu
Kerana orangnya tinggi lampai

Meriah sungguh rumah kenduri
Itik serati menari-nari
Ayam pula terlari-lari
Cocok sungguh raja sehari
Muka ceria berseri-seri
Bila tersenyum tak cukup gigi

Perut sudah berbunyi-bunyi
Itu tanda perlu diisi
Mari berjamu enak sekali
Mak andam sanggulnya tinggi
Dilanggar budak rambutnya jatuh ke dalam baldi
Rambutnya palsu bukanlah ori

Cepatlah makan perut kebulur
Jangan lupa basuh tangan
Diawali juga dengan Bismillah
Lepas makan dapat telur
Nak buat apa sudah berangan
Budak nakal banyaklah helah

Telur rebus memang enak
Tak cukup satu minta lagi
Makan telur sampai senak
Angin di perut betali-tali

Sudah rasa tidak tahan
Budak nakal kembangkan kain
Bila ia diteran-teran
Budak nakal lepaskan angin

Angin terperangkap diperam dulu
Kembang kain dibuka perlahan
Bila angin keluar menderu
Orang keliling rasa nak pengsan
Sampai mata jadi kuyu
Akibat aura tahap gaban

Baunya busuk macam pekung
Tidak tahan mengurut dada
Aku rasa hendak pelangkung
Budak nakal tersengih mengada

~Aniyus~
Oktober yang sendu
~teratak nak roboh~

No comments:

Post a Comment