Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 17, 2012

MASIH ADA SINAR

MASIH ADA SINAR

Memulakan perjuangan bersama segunung harapan
Adalah sebuah impian yang memerlukan pengorbanan
Segalanya mesti dikota dan tidaklah semestinya mungkin
Impian dan harapan yang dibina itu abadikan dalam genggaman
Hala tuju kepada kemuncak kejayaan.

Apa yang tertinggal sebelum memulakan langkah perjuangan
Dari hal kepincangan serta kekurangan perlu diperbetulkan
Agar bunga perjuangan itu aromanya merata dalam gapaian.

Sekiranya helaian dedaunan perjuangan berguguran layu
Ikhlaskan di dalam jiwa raga dan katakan tak mungkin
Natijahnya adalah kemenangan yang jitu
Adaptasikan di dalam inspirasi demi sebuah Negara dan penghormatan
Ranjaunya jangan dipandang serong kerana bola sepak memang begitu.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Segamat,Johor.
171012@1448hrs(Rabu).

No comments:

Post a Comment