Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 19, 2012

Layu Di Tanah Terbiar.

Layu Di Tanah Terbiar.

Tidurlah sayang, tidurlah kasih
usah dilayan hatimu yang sedih
kelak terluka bertambah pedih
menikam kalbu darah menidih,

darah menidih tertumpah ke lembah
terpercik onar noda tersimbah
kerana kasih rindu bercambah
hilangkan benci kasih bertambah,

kasih bertambah cinta pun mekar
seumpama burung di dalam sangkar
mencari pasangan ke mana engkar
tinggallah burung sayapnya terbakar,

terkulai layu di tanah terbiar.

ss/spl/pm ... 19/10/2012.

No comments:

Post a Comment