Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 19, 2012

KEMELUT

KEMELUT

Alam serasakan sempit,
nafas seperti tersekat,
minda bagaikan tepu,
jiwa seakan tersumbat
deria lihat turut tertutup
kulit kebas tak terasa apa-apa...

Akal bertelagah dengan nafsu,
hati berdebat dengan minda,
menghurai kekusutan
melerai permasalahan
mencari-cari jawapan yang tepat
namun, tiada satupun penyelesaian nan jitu.

Dalam kemelut yang semakin kalut
diri bertafakur merenungi segala
bertanya pada deria rasa
apa yang menjadi persoalan?
Namun, hingga kini tiada satupun sebagai jawapan
yang pasti setiap detik muncul pelbagai persoalan
namun, tanpa skima jawapan.....
teraba-rabalah aku membuat keputusan
antara "Ya" atau "Tidak"??
Apakah yang harus aku jawab??

Za_Tintamaya
~mencari jawapan di sebalik pelbagai kemelut rasa~

15 Oktober 2012/11.00am
SKPJ

No comments:

Post a Comment