Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 12, 2012

JEMPUT AKU

JEMPUT AKU

Jemput aku Ya Rabb
Jemput aku datang kepadaMu
Aku mahu datang dekat padaMu
Walau dalam tangan berlumur noda

Jemput aku Ya Rabb
Bertamu di Baitullah kepunyaanMu
Menyahut panggilanMu
Dalam hati penuh cinta padaMu

Jemput aku Ya Rabb
Melaungkan doaku padaMu
Dalam getar merasakan kehambaanku
Sungguh aku mahu datang

Jemput aku Ya Rabb
Dalam tangisku berbisik
Labaikallahuma labaik, Labaika la syariikalaka labaik
Innal hamda wa ni'mata lakawalmulk la syariikala

Jemput aku Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment