Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 12, 2012

Garapan Istimewa Teman-Teman Semua

Garapan Istimewa Teman-Teman Semua

Hujan turun di waktu senja
menyirami bumi dari angkasa
berbekal jacket yang tersedia
menderu motorku di jalan raya,

sesampai aku di tempat kerja
terus kubuka laptop pusaka
mencari ilham yang mungkin ada
di sebalik garapan teman semua,

SEMANGKUK PATIN TEMPOYAK aku terpa
hasil nukilan Cik Comot jelita
indah gubahan secukup rasa
likat dan pekat - amat istimewa,

SEMBILAN PATAH PERKATAN pula kubaca
gubahan Lina Mahat yang bergeliga
tentang mata tak mahu lelapnya
kerana merindu orang jauh di sana,

lantas kubaca pantun dari Pauzi Mohd Isa
berbicara perihal percikan asmara
menyeru agar ditatang dijaga
kasih tercipta seumpama syurga,

aduh indahnya bahasa teman-temanku semua
asyik terleka aku dibuatnya
hampir tak sedar senja berlalu hiba
lukus seluarku terpaksa kupakai jua

nak buat macam mana, tugas tergalas di bahu beta.

ss/spl/pm ... 12/10/2012.

No comments:

Post a Comment