Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 16, 2012

DARI KATA KENAL BUDINYA

DARI KATA KENAL BUDINYA

Senyum kembang bagaikan kekwa
wajah ceria bahasa jiwa
geletek hati lontar ketawa
tanda hati tidak kecewa.

Indah budi kerana pekerti
luas pandangan dalam memerhati
bila bercakap sentiasa teliti
sentiasa ikhlas jernihkan hati.

Wajah cantik bukan gambaran
tampan bergaya bukan nilaian
budi bahasa jadi pilihan
hati nurani jadi ukuran.

Pangkat dan harta sekadar pelengkap
iman dan takwa biar bertetap
paling penting membentuk sikap
kasih sayang setia merakap.

Waktu bercinta penuh gelora
patut peduli noda dan dosa
bila sudah berumah tangga
harus menempuh suka dan duka.

Che Fauziah Idris
Kuala kurau
Perak
16 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment