BUNGA SAKURA
Bunga sakura,
Untung nasibmu seawal kelopak mudamu,
Nyanyian yang kau sampaikan semerdu lunak suara,
Getaran di jiwa selalu cemburukan tentang dirimu,
Aku suka kuntum di hatimu.
Sesekali aku menatap pada setiap jutaan kelopakmu,
Acap kali jua aku termangu kerana risaukan musim luruh,
Kerisauan di hatiku bersimpang dalam banyak hala tuju,
Usia yang kau ada selalunya berakhir pada surut musim luruh,
Resahku kian celaru,
Apabila hati turut mejangka hidupmu yang akan berlabuh.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing,Johor.
21.03.2011 @ 1635 hrs. (Isnin).

No comments:
Post a Comment