Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 15, 2012

BARANGKALI

BARANGKALI

Barangkali aku masih biadab
Di tanah bertuah inilah akan terjawab
Tempat bermulanya kami bertatih belajar beradab
Menggalas yang dicanangkan perihal tanggungjawab
Salah laku yang kita buat pasti bersebab.

Barangkali pada usia muda ini terlalu awal
Untuk aku hilang akal
Tidak mahu mengerti dan mengenal
Tentang kepelbagaian hal
Kerana hati ini selalu saja merasa sebal.

Barangkali pada setiap kesebalan hati ini
Sahabatku boleh menilai
Apa yang kita selalu terabai
Tentang keceluparan berbagai-bagai.

Barangkali mata pena ini terlalu sugul bahkan tumpul
Untuk bercerita hal pelindung prestasi yang unggul
Kerana penumpuan pada masyarakat teramat aidil
Yang kita ada cumalah integriti hebat dan afdal.

Kebarangkalian ini
Haruskah kita lunturkan
Hanya kerana perbezaan pendapat dari kata hati
Yang akhirnya merosakkan kesinambungan peradaban.

Di sini
Barangkali
Berakhirlah ilusi
Yang menjadi mimpi dalam setiap mimpi.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
141012@22347 hrs (Ahad).

No comments:

Post a Comment