Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 11, 2012

BAPA KATA

BAPA KATA

Bapa pernah berkata,
Syair yang kita miliki berkurun lamanya,
Sepatutnya kita jangan lupa,
Bagaimana kita mula menukilkannya,
Kerana kebijaksanaan berfikir sememangnya kita ada,
Hari ini kita ada di atas jalan lurus yang bapa bina,
Kemudahan dunia ada di hati pandai berseloka,
Riak dunia juga bergurindam berakar di mata,
Janganlah lupa asal usul keturunan kita,
Pantunnya adalah tempat kita selalu bermanja,
Bapa kata janganlah cuma pandai melatah lalu kalah dan berhiba,
Berpatah balik petanda musibah rosak budaya bangsa dihina.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
14.05.2012 @ 1714 hrs.(Isnin).

No comments:

Post a Comment