Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, October 20, 2012

BANGUN ADIK BANGUN

BANGUN ADIK BANGUN

Adik!
Bangun, adik, bangun.
Suria dah menampakkan diri
Matahari dah mula nak meninggi.

Adik!
Bangun, adik, bangun
Gigi usah digosok dahulu
Buka jendela dan bukannya pintu
Biar udara segar masuk ke paru paru
Barulah mulakan hari yang baru

******
Kakak!
Mengantuk, adik, mengantuk
Pejam mata, adik nak tarik selimut
Bisingnya kakak serupa belatuk

Kakak!
Jangan dilupa kita di mana
Bandar bukannya seperti desa

Kakak!
Buka tingkap
Ada palang besi
Ada pakcik sedang berlari
Ada jiran sedang berkelahi
Ada kucing sedang buat 'aktiviti'
Ada lori Majlis Perbandaran berlalu pergi

Udara segar?
Kelapangan fikiran?
Usahlah nak bermimpi
Adik nak tutup mata, selimutkan diri
Kejutkan adik sepuluh minit lagi.

Adik sayang kakak :)

-LM 20102012-

No comments:

Post a Comment