Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 10, 2012

AWAL AKHIR PERTAMA

AWAL AKHIR PERTAMA

Menyelusuri batas sawah di bendang,
Waktu sinar cahaya matahari menerpa embun di hujungnya rumput,
Dan bukan pada hijau daun di hujung bunga-bunga mayang padi,
Tidak juga pada renduk isi padi,
Banyak yang bermain di fikiranku,
Termasuk soal cinta,
Yang tempias terhapus,
Yang kini lenyap menyusup,
Disapa panas suamnya lembayung pagi,
Sampai waktu hujan dini hari,
Mendung pun terkasima,
Pada panas terik matahari sejati,
Saat itu,
Meninggalkan kegagalan,
Bukan bererti keputusan yang tepat semata,
Ada kalanya ia cuma bagai petanda,
Awal akhir pertama,
Melihat dirimu dari jarak yang teramat jauh,
Adalah kesanggupan yang mampu aku perbuat,
Kerana dirimu bagai bintang yang menetap di langit,
Sesuai di situ,
Berkerdip selamanya,
Di sisi kejora yang amat jauh itu,
Di dalam cekrawala setia selamanya,
Awal akhir pertama.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
21.05.2011@2220hrs(Ahad).

No comments:

Post a Comment