Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 15, 2012

AKU BUKAN TONTONAN

AKU BUKAN TONTONAN

Aku ini bukan seperti anak manjangan
Kala musim bunga bersemi
Usap asah tanduk untuk berburuan.

Badai pada musim tengkujuh
Utuh merusuh
Kisahkan nilai harga diri yang berpengaruh
Asak diri memunggah gagah
Nekad menerpa juang semerah darah.

Tempat ini tanah gelanggang
Orentasinya meniti tiang-tiang harapan
Nurani membidik haluan medan juang
Tanah ini panggung wayang pentas lakonan
Orang selalu berkunjung
Ngeri lagak aksi ligat berputaran
Alunkan keriuhan bingit menyongsang
Nadi puisi di tanganku bukan bait tontonan.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Semporna,Sabah.
151012@0904hrs(Isnin).

No comments:

Post a Comment